Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).
SETIAP cabaran atau dugaan yang menimpa manusia khususnya umat Islam haruslah dihadapi dengan penuh sabar serta perasaan reda.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, jadikan pengorbanan Nabi Ibrahim AS menyembelih Nabi Ismail AS sebagai pengajaran berguna.
Ujar beliau, iaitu akur dan taat dengan segala perintah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai sesuatu yang mutlak.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seti Dr Zulkifli Mohd Al- Bakri mengimamkan solat sunat Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Shapadu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
“Setiap ujian yang kita hadapi ramuannya sabar, ramuannya patuh kepada perintah Allah, ramuannya lagi dekat kepada Allah dan diikuti dengan reda.
“Nescaya Allah balas dengan balasan yang baik. Selepas lulus ujian (Nabi Ibrahim), Allah gantikan dengan ganjaran yang besar.
“Tidak cukup dengan itu Allah mengisytiharkan Nabi Ibrahim sebagai golongan yang beriman, begitu juga Allah memberi salam atau keselamatan kepada Nabi Ibrahim secara khusus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah bertajuk ‘Laksanakanlah apa yang kamu diperintahkan’ sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Shapadu, hari ini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (kiri) bersama Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seti Dr Zulkifli Mohd Al- Bakri bersalaman dengan para tetamu selepas selesai khutbah dan solat sunat Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Shapadu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Hadir sama dalam majlis ini Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.
Pada masa sama, Zulkifli mengingatkan supaya jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT dalam mendepani apa jua cabaran meskpun dilihat sebagai mustahil.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seti Dr Zulkifli Mohd Al- Bakri menyampaikan khutbah bertajuk ‘Laksanakanlah Apa Yang Kamu Diperintahkan’ selepas menunaikan solat sunat Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Shapadu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Katanya, Allah SWT mencipta kehidupan adalah untuk menguji manusia dan ia merupakan sesuatu yang perlu diinsafi oleh semua umat manusia.
“Jangan putus asa daripada berdoa kepada Allah dalam apa jua ujian dan tribulasi, walaupun pada hukum akal dan hukum logik sebagai mustahil.
“Allah dengan sifat maha perkasa lagi maha berkuasa boleh melakukan dengan izin-Nya. Setiap manusia sehebat mana pun pasti akan diuji, ujian ini sebahagian daripada proses kehidupan,” katanya lagi.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seti Dr Zulkifli Mohd Al- Bakri menyampaikan khutbah bertajuk ‘Laksanakanlah Apa Yang Kamu Diperintahkan’ selepas menunaikan solat sunat Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Shapadu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak AidBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seti Dr Zulkifli Mohd Al- Bakri menyampaikan khutbah bertajuk ‘Laksanakanlah Apa Yang Kamu Diperintahkan’ selepas menunaikan solat sunat Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Shapadu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’