‘100 peratus orang Imigresen sebar’, King Sing mahu siasatan terperinci

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“PUNCA tular ini saya boleh sahkan 100 peratus daripada Imigresen kerana saya berada dalam pejabat Imigresen.”

Demikian kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mahu siasatan terperinci dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat dalang penyebaran gambar tersebut.

Dalam video berdurasi 4 minit 29 saat dimuat naik ke akaun Facebooknya, King Sing menegaskan, dalang penyebaran gambar dan video tersebut perlu disiasat kerana menyebarkan perkara tidak benar.

Beliau turut mendakwa, penyebaran video itu adalah tindakan sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.

“Kenapa Imigresen takut sangat orang tular gambarnya?

“Saya mahu minta MCMC lakukan siasatan terperinci. Kenapa dia buat berita tidak tepat, buat tuduhan-tuduhan fitnah. Adakah mahu selamatkan pegawai sendiri?,” katanya dalam rakaman video itu.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, wanita warga China yang ditahan itu turut mendakwa ada pegawai berpangkat meminta bayaran untuk dibebaskan.

“Pada masa sama, dia beritahu ada pegawai minta wang RM3,000 dan RM3,000 lagi jika mahu masuk semula ke Malaysia serta RM12,000 untuk bayaran memproses visa.

Baca artikel berkaitan: Tindakan kurang profesional, MCW desak King Sing beri penjelasan berasas

“Saya difahamkan kalau pelancong bayar, mereka boleh melalui laluan khas. Ini jadi masalah,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan seorang menteri didakwa telah melakukan kekecohan di KLIA kerana mahu ‘menyelamatkan’ seorang pelawat China yang ditahan daripada masuk ke Malaysia.

Menteri berkenaan dikatakan telah menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan.

Bagaimanapun, King Sing yang mengakui beliau merupakan menteri dimaksudkan dalam insiden itu mendedahkan beliau telah membongkar satu peristiwa memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai di KLIA.

Pada masa sama, dakwaan bahawa beliau dikatakan ‘menceroboh’ masuk ke dewan ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan juga tidak benar.

King Sing turut mendakwa ada pegawai Imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This