Pada penghujung tahun 2012, sepasukan ahli astronomi Amerika Syarikat yang melakukan cerapan di balai cerap Spitzer telah menemui sebuah planet aneh bersaiz kecil yang berwarna merah. Seluruh permukaan planet itu dilitupi oleh larva cair yang menampakkan ia seperti planet ‘neraka’.
Planet baru yang diberi nama UCF-1.01 itu terletak di dalam buruj Leo dan berjarak kira-kira 33 tahun cahaya dari bumi. Meskipun berada agak jauh, tetapi pada kedudukan itu, ia sebenarnya merupakan objek angkasa yang paling dekat pernah ditemui di luar sistem suria kita. Planet tersebut telah ditemui secara tidak sengaja oleh sekumpulan saintis astronomi yang melakukan cerapan menggunakan teleskop Hubble.
Salah seorang daripada saintis tersebut, Kevin Stevenson dari University of Central Florida, Amerika Syarikat menyatakan, beliau telah melihat sebuah objek kecil yang samar di dalam cahaya bintang. Kevin kemudiannya melakukan cerapan radio dan cuba untuk mencari jawapan apakah sebenarnya objek berkenaan.
Apa yang menarik, isyarat-isyarat yang diterimanya berkala, dan itu menunjukkan bahawa objek tersebut adalah sebuah planet. Bagaimanapun, kewujudan planet tersebut tidak pernah disedari oleh saintis dunia sebelum ini.

Sementara itu, Profesor Dr. Joseph Harrington dan anak didiknya Nate Nafsu telah melakukan kajian yang lebih terperinci mengenai data-data yang telah dikumpulkan daripada cerapan yang dilakukan di Spitzer. Bagi memastikan objek tersebut adalah sebuah planet, Dr. Joseph turut melakukan cerapan menggunakan kepekaan teknologi kamera inframerah WSIR dengan bantuan teleskop optik VLT milik ESO.
Cerapan itu dilakukan di beberapa lokasi iaitu Kanada, Perancis dan Hawaii. Daripada pengamatan itu, mereka cuba untuk mencari gambaran yang lebih terperinci mengenai keadaan planet neraka yang dimaksudkan.
Secara fizikal, UCF-1.01 adalah sebuah planet dengan ukuran saiz diameter yang agak kecil, iaitu berukuran sekitar 8,400 kilometer sahaja. Ukuran itu adalah jauh lebih kecil daripada diameter bumi.
Mengikut hipotesis saintis astronomi, planet tersebut mengorbit bintang induknya yang dikenali sebagai GJ 436 dan berputar mengelilingi orbit kira-kira 1.4 hari mengikut nisbah putaran bumi mengelilingi matahari. Disebabkan kedudukannya yang hampir dengan bintang induk, suhu permukaan planet ini sangat panas iaitu mencecah sehingga 600 darjah Celcius. Manakala seluruh permukaannya turut dilitupi oleh larva cair berwarna merah. Keadaan itu menunjukkan bahawa tiada hidupan yang mampu hidup di atas planet ini.
Sekalipun dilitupi oleh larva yang membahang, tetapi sinarannya sangat malap. Saintis mendapati cahaya yang dipantulkan oleh planet ini agak tenggelam jika dibandingkan dengan bintang induknya. Malah, ia seakan-akan langsung tidak kelihatan.
Planet ini juga didapati mempunyai ketumpatan satu pertiga berbanding bumi. Manakala jisimnya adalah kira-kira 57 peratus jisim bumi.

_______
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

