Wujud ‘kacang hantu’ di JPN, Imigresen – Zahid

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pernah menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menafikan wujudnya “kacang hantu” dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) yang mencemarkan nama baik jabatan berkenaan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini, Ahmad Zahid berkata “kacang hantu” itu perlu dibanteras kerana tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan jabatan itu menerima tuduhan yang tidak benar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, adalah tidak wajar dan adil untuk melakukan tuduhan secara rambang terhadap kedua-dua jabatan tersebut tanpa siasatan terperinci.

“Saya pernah berada di kementerian itu dan dua jabatan ini banyak mendapat tuduhan rambang, jadi untuk mengelakkan perkara tersebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah supaya siasatan dijalankan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Rasuah dalam JPN berbahaya, jejas integriti sistem pendaftaran – MCW

“Cukup adil jika siasatan dapat dilakukan untuk melakukan pencerahan. Jika ia benar mesti diperbaiki, jika ia tidak benar mesti dilakukan pencerahan,” katanya lagi.

Namun, kata Ahmad Zahid yang penting sekarang adalah keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan kewujudan “kacang hantu” itu daripada menjadi berleluasa.

Anwar semalam dilaporkan berkata JIM dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung subsidi minyak cecah RM7.5 bilion pada April, kini RM3.5 bilion

JUMLAH subsidi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan melonjak kepada RM7.5 bilion, April lalu susulan krisis di Asia Barat...

More Articles Like This