SEORANG remaja lelaki yang dipercayai mencekik hingga mati adik kandungnya, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Julai depan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli selepas mendapat permohonan daripada polis bagi membantu melengkapkan siasatan.
Terdahulu suspek berusia 14 tahun itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka pada kira-kira pukul 9 pagi dengan memakai pakaian reman berwarna ungu.
Semalam, Bernama melaporkan remaja berkenaan dipercayai mencekik hingga mati adik lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Baca artikel berkaitan: Budak 9 tahun maut dicekik abang di Melaka
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu kenyataan berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, suspek dan mangsa hanya tinggal berdua di rumah mereka.
“Hasil pemeriksaan juga mendapati suspek yang merupakan anak sulung daripada empat beradik adalah pelajar sekolah menengah Arab dan tidak mempunyai sebarang rekod disiplin. Berikutan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

