9 bulan tak hadir bertugas, guru ditemui mati dalam rumah

Dari Penulis

KEHILANGAN seorang guru yang tidak menghadirkan diri ke tempat kerjanya sejak tahun lepas terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam keadaaan mereput di sebuah kediaman dekat Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, misteri kehilangan guru itu terungkai apabila jiran mangsa memaklumkan kepada pihak polis berhubung bau busuk dari rumah wanita berusia 39 tahun terbabit pada 8.06 malam, Khamis lalu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa telah tidak hadir bertugas sejak 24 September lalu dan guru terbabit dipercayai meninggal dunia sekitar sebulan lepas.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan dikenali sebagai Lo Kwan Fong, 39, dipercayai telah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru mendapati punca kematian adalah tidak dapat dipastikan (unascertained) disebabkan oleh tahap pereputan yang telah lanjut (advanced decomposition),” katanya memetik Sinar Harian.

Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan masih belum berkahwin dan bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan yang boleh dikaitkan dengan punca kematian.

Polis turut memaklumkan bahawa mereka sedang mengesan waris mangsa yang dipercayai telah berhijrah ke Singapura.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This