Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air

Dari Penulis

Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas di sini, terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa dengan masih memfokus pencarian di Sektor A dan Sektor B, hari ini. 

Dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Zon A merangkumi kawasan lokasi kejadian iaitu dari Menara Sapura ke jambatan Kampung Teladas, manakala, Zon B bermula dari belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Putih menghala ke ladang di Pos Kawalan Hadapan (PKH) sehingga ke kawasan perangkap sampah Sungai Pinang.

Seramai 219 anggota terlibat dalam operasi di hari keenam hari ini, membabitkan pelbagai agensi penyelamat yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menggunakan anjing pengesan K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Setakat ini lapan orang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih pada Sabtu lepas, manakala dua lagi masih hilang.

Jenazah lapan mangsa itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu lepas.

— BERNAMA

Friday , 07 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This