Polis menahan 10 pendatang tanpa izin yang sedang menunggu bas di Stesen Bas Bandar Tasek Raja, Pasir Mas, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata tujuh lelaki dan tiga wanita warga Myanmar itu berusia antara 16 hingga 46 tahun.
Beliau berkata penahanan dilakukan susulan maklumat daripada orang ramai yang melihat kehadiran warga asing di satu ruangan menunggu di stesen bas berkenaan kira-kira 4.30 petang.
“Hasil soal siasat, kesemua mereka yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini, mengaku telah masuk ke Malaysia melalui sungai dengan menaiki sampan untuk mencari pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kama Azural mereka direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 51 (3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemasukan pendatang asing atau sebarang aktiviti mencurigakan supaya menyalurkan kepada balai polis berhampiran agar tindakan pencegahan dapat diambil.
— BERNAMA
Friday , 07 July 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

