Agihan hampir selesai, jumlah kerusi Amanah ditentukan Majlis Presiden PH

Dari Penulis

AGIHAN kerusi kepada Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) telah hampir selesai.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, jumlah kerusi yang akan ditandingi bagi itu hanya akan ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH, Selasa ini.

Menurut Mohamad, hanya ada satu atau dua kerusi akan melalui rundingan akhir bersama parti komponen PH sebelum diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

“(Rundingan kerusi Amanah) hampir selesai dah. Mungkin ‘tune in’ satu ke dua kerusi akhir akan dibuat.

“Kami akan berjumpa malam Selasa, ‘finalise’ kerusi itu akan ditentukan dalam mesyuarat nanti dan sudah 95 peratus selesai,” katanya seperti dilapor BH Online.

Baca artikel berkaitan: PH yakin tawan Kedah guna formula 16 kerusi – Mahfuz

Mengulas mengenai peluang PH di tiga kerusi di bawah Parlimen Kota Raja, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja yakin ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) itu mampu dipertahankan PH.

“Dengan pelancaran dua Jentera Pilihan Raya hari ini (semalam) iaitu DUN Sungai Kandis dan Sentosa, saya yakin (PH akan menang). Ini termasuk DUN Kota Kemuning,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan diadakan secara serentak pada 12 Ogos ini.

Penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This