1 maut, 5 parah dalam kemalangan 10 motosikal dekat LEKAS

Dari Penulis

SEORANG remaja berusia 19 tahun maut manakala lima lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan 10 buah motosikal di Kilometer 26.9, Lebuhraya Kajang-Seremban, lewat malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku ketika kesemua penunggang motosikal dalam perjalanan dari Nilai ke Seremban.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sesama sendiri.

“Empat lagi penunggang motosikal turut cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa berusia 18 hingga 20 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi menerima rawatan lanjut.

Sementara mayat di bawa ke hospital sama bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Iriz dicari, lari selepas rempuh Kelisa hingga terbalik

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah Proton Iriz yang dipercayai melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah Perodua...

More Articles Like This