No menu items!

Aksi polis tendang penunggang motosikal video tahun 2020, tindakan sudah diambil

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggotanya yang bertindak menendang seorang penunggang motosikal dalam Operasi Motosikal di Jalan Temple, Sibu.

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, semakan mendapati kes terbabit berlaku pada 25 Ogos 2020 dan telah ditularkan kembali pada 4 Julai lalu.

Beliau berkata, anggota trafik terbabit telah mengesan seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan membuat pusingan U semasa operasi dijalankan.

“Ekoran itu, anggota trafik terbabit telah bertindak agresif dengan menendang penunggang motosikal sehingga terjatuh.

“Kejadian terbabit telah dirakam oleh penguna jalan raya dan tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azman berkata, pihaknya memandang serius kejadian ini dan siasatan dari sudut tatatertib telah dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Katanya, penunggang motosikal terbabit juga telah disaman atas kesalahan tiada lesen memandu di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta saman lain atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, melawan arus trafik dan ubahsuai ekzos.

Jelasnya, orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dalam perkongsian maklumat yang boleh mencetuskan kegusaran masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Iriz dicari, lari selepas rempuh Kelisa hingga terbalik

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah Proton Iriz yang dipercayai melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah Perodua...

More Articles Like This