Tular 54 kenderaan guna lorong kecemasan, polis minta perakam video ke balai

Dari Penulis

POLIS meminta pemilik video yang merakam aksi berpuluh buah kenderaan menggunakan lorong kecemasan untuk tampil membantu siasatan.

Kejadian dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kulai ke Sedenak.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi video tular di laman Facebook pada pagi tadi.

“Video terbabit telah mendapat perhatian masyarakat dan semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berkaitan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya pemilik video diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penguatkuasa Trafik Inspektor Alexander Jeremy Jimy di talian 016-5821274.

Sebelum itu tular sebuah hantaran video memaparkan senarai 54 buah kenderaan lengkap nombor pendaftaran bertindak menggunakan lorong kecemasan di lebuhraya itu.

Tangkap layar hantaran memaparkan senarai kenderaan yang dipercayai menggunakan lorong kecemasan di lebuhraya terbabit.

Senarai itu turut menyatakan jenis-jenis kenderaan yang terlibat termasuk Proton, Honda, Perodua dan Mercedes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This