Polis minta ‘minah rempit’ tular buat aksi superman, zig-zag serah diri

Dari Penulis

POLIS meminta sekumpulan penunggang motosikal yang bertindak menunggang secara berbahaya di Kilometer 375.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Slim River tampil ke balai polis.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, pihaknya mengesan video tular memaparkan aksi kejadian hari ini.

“Tindakan penunggang motosikal yang menunjukkan aksi superman dan zig-zag ini boleh mendatangkan kemalangan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, penunggang motosikal digesa untuk menyerah diri dengan hadir ke Balai Trafik Daerah Muallim, Slim River atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut juga diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengesan suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Alza maut tersepit bertembung Alphard di Bera

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi MPV di Jalan Temerloh-Bera...

More Articles Like This