Berada di lokasi segi tiga emas Kuala Lumpur, MiCasa All Suite Hotel menjanjikan pengalaman menginap yang cukup tenang dan eksklusif. Berkonsepkan ‘resort in the city’, kolam renang yang cukup vibe, memang sesuai jika korang nak healing di sini. Walaupun berada di tengah kota, namun lokasinya yang agak tersorok seolah-olah jauh dari hiruk pikuk kotaraya, memberikan satu perasaan seolah-olah berada di resort mewah.
Dan sesuai dengan namanya, MiCasa All Suite Hotel, semua bilik di sini merupakan bilik suite dan punya ruang yang cukup luas. Bukan hanya katil dan tandas ya! Malah jika korang suka memasak, segala peralatan lengkap tersedia di dapur termasuk kuali dan periuk. Cuma bahan mentah, boleh beli sendiri. Tiada larangan memasak di dalam bilik hotel, best kan?
Jelas pihak pengurusan, semua bilik berjumlah 185 di hotel direka khas untuk mereka yang berkeluarga. Pilih saja yang mana berkenan, satu bilik, dua bilik atau tiga bilik. Paling hebat, request sahaja ketika booking mahukan bilik keluarga, masuk dan lihatlah kejutan yang disediakan pihak hotel. Siap ada tent dan patung harimau untuk anak-anak.
Dan ada rahsia besar yang dibocorkan kepada Wanita, sebenarnya MiCasa All Suite Hotel punya bilik yang mempunyai akses terus kepada kolam renang dan taman. Dan tawaran ini tidak diiklankan di mana-mana laman web tempahan mahupun laman web hotel. Bak kata orang, ianya cukup eksklusif dan hanya diketahui oleh regular customer. Jadi selepas ini, boleh cuba merisik daripada pihak hotel. Confirm anak-anak mandi dari pagi sampai ke malam. Anak happy, mak ayah lagi senang hati. Tapi…Tapi…Tapi…bilik dia terhad kepada enam sahaja.
Harga bilik? Mesti korang terkejut sebab harganya sangat berbaloi sebab dapat bilik yang besar, siap ada sofa dan dapur, kolam renang macam resort dan ada sarapan pagi. Harga bermula dari RM311 sehingga RM900 sahaja.
Check this out!

