Berbaloinya berbuka puasa di MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur, dua orang baru RM168. Siap ada kambing panggang dan asam pedas ekor

Dari Penulis

Bagi mereka yang masih berkira-kira bajet mampu milik untuk berbuka puasa di hotel, apa kata singgah ke MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.

Berkonsepkan ‘Citarasa Khazanah’ yang disediakan oleh Chef Adrian,menu istimewa seperti kambing panggang bersama 3 sos istimewa dan menu wajib cuba seperti Daging masak hitam, Asam Pedas Ekor dan Lautan Seafood dengan gabungan ketam, udang, sotong, kepah dan isi ikan pastinya cukup membuka selera.

Terdapat lebih dari 60 pilihan menu istimewa terutama Kambing Golek bersama rempah ratus, Ketam Goreng, Ayam dan Ikan Goreng Rangup, Satay Ayam dan Daging bersama kuah kacang, Tradisional Mee Kari, Cucur Udang, Pisang Goreng dan juga keaslian Kerepok Lekor Terengganu, Rojak Buah segar dan ‘Ulam-Ulaman’ berserta sambal klasik seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan pastinya menambah selera makan anda. Kepada penggemar makanan laut, jangan lepaskan peluang untuk merasai kesegaran “Lautan Seafood” dengan penuh kepuasan.

Juadah kuih muih dan pencuci mulut seperti hidangan bubur chacha, bubur jagung dan bubur pulut hitam juga disediakan antara pelengkap waktu berbuka. Apa yang menarik, menu berbuka yang ditawarkan di Shiso Dining, di MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur ditawarkan dengan dua set pilihan menu pada harga RM168 untuk dua orang dewasa dan promosi bermula dari 12 Mac hingga 3 April 2024.

Berikut merupakan info bagi hidangan berbuka di sini :

*Set Makan Malam – Citarasa Khazanah*

Hari: Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu

Tempahan Bermula: 12 Mac 2024 hingga 3 April 2024.

Harga: RM168 nett untuk dua orang.

*Bufet – Citarasa Khazanah*

Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu

Tempahan Bermula: 21 Mac 2024 hingga 5 April 2024.

Harga: RM139nett dewasa / RM95nett Warga Emas (60 tahun keatas) dan Kanak-kanak (5 -12 tahun)

Promosi ini juga menawarkan pembelian berkumpulan beli 10 percuma 1. Parking dengan kadar rata RM5 serta kemudahan surau juga disediakan.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-2178 8000 atau Whatsapp 017-2196126 atau emel kepada fnbkul@micasahotel com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This