LEBIH 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian itu merupakan antara pengumuman yang dibuat menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi MADANI sebelum pembentangan Belanjawan MADANI 2024 Oktober depan.
“Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
“Perincian berhubung program SARa akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Putrajaya hari ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

