KANADA komited untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi melaksanakan ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP), menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Melanie Joly, beliau berkata Kanada mempunyai Strategi Indo-Pasifiknya sebagai pelengkap kepada AOIP untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
AOIP ialah penegasan peranan kumpulan serantau untuk mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik.
Malaysia mengambil alih peranan penyelaras hubungan dialog ASEAN-Kanada pada 2021 hingga 2024.
Baca artikel berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 sangat bermakna
Sementara itu, Zambry berkata Kenyataan Pemimpin Bersama mengenai Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada telah disahkan semasa mesyuarat semalam.
Beliau berkata menteri-menteri bersetuju untuk melancarkan Perkongsian Strategik pada Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada di Jakarta pada September.
Kedua-dua pihak juga akan meneruskan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada (ACAFTA), tambahnya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

