Baddrol Bakhtiar akan bertanding PRN Kedah, wakili PN – Sumber

Dari Penulis

BERITA pemain bola sepak terkenal, Baddrol Bakhtiar meninggalkan Sabah FC semalam sememangnya menjadi trending di media sosial dengan masing-masing masih berteka-teki ke manakah arah tuju bekas kapten Sabah itu selepas ini.

Setakat ini, jangkaan paling kuat adalah bekas pemain kebangsaan itu akan memasuki dunia politik dengan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri kelahirannya, Kedah dan bukannya menyertai mana-mana kelab bola sepak lain.

Menurut sumber, bekas pemain Kedah dan Sabah dikatakan akan bertanding dalam PRN bulan depan dengan mewakili Perikatan Nasional (PN) dan pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Selepas dimaklumkan mengenai pemilihannya, pemain berusia 35 tahun itu bersetuju untuk ‘terjun’ dalam bidang politik dengan bertanding pada PRN dan seterusnya akan menyebabkannya terpaksa meninggalkan dunia bola sepak tanah air.

“Betul pemain itu akan bertanding pada PRN atas tiket PN. Surat watikah lantikan akan diberikan pada Isnin ini.

“Berkaitan kawasan yang bakal bertanding akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata sumber itu.

Walaupun, khabar angin mengenai berita itu hangat diperkatakan semalam, Baddrol sendiri masih membisu dan belum mengumumkan hala tujunya selepas ini.

Usaha pihak media menghubungi Baddrol juga gagal apabila pemain itu tidak menjawab panggilan dan membalas WhatsApp yang dihantar kepadanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This