MRAA tingkat kesedaran masyarakat kepentingan industri akses tali

Dari Penulis

PERSATUAN Akses Tali Malaysia (MRAA) akan berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan industri akses tali melalui pelbagai aktiviti yang dirancang dalam usaha membina sebuah masyarakat yang kukuh dan profesional dalam bidang penurunan secara bersepadu.

Presiden MRAA, Syed Mohsin Syed Yusoff Balkhi berkata, penganjuran simposium akses tali merupakan langkah pertama dalam usaha persatuan merealisasikan misi dan visi persatuan dalam usaha untuk menjadikan industri tersebut lebih relevan di negara ini.

“Penganjuran program yang julung kali diadakan ini diharap dapat memberikan pendedahan yang diperlukan terhadap industri akses tali di Malaysia,” katanya berucap pada majlis Simposium Kesedaran Akses Tali dan Mesyuarat Agong Tahunan 2023 di Johor baru-baru ini.

Objektif utama penganjuran simposium bertujuan memperkenalkan kewujudan MRAA kepada masyarakat di negara ini, selain berkongsi maklumat laporan analisis bagi pekerjaan dan bidang keselamatan di tempat tinggi.

SESI penerangan dan soal jawab bersama Penolong Pemeriksa Kilang & Jentera, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja ( DOSH ), Shahnam Mahmud.

Sehubungan itu, ia dapat membantu kerajaan dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar perundangan keselamatan berkaitan industri akses tali dan seterusnya melahirkan lebih ramai lagi pengamal akses tali yang lebih professional.

Simposium juga akan membantu meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan pengamal akses tali di Malaysia dan bertindak sebagai pusat penyampaian informasi berkaitan aktiviti akses tali di negara ini .

Syed Mohsin berkata, MRAA berusaha untuk menjadi platform yangmemberi peluang kepada ahli-ahli untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan meningkatkan standard keselamatan dan profesionalisme dalam amalan akses tali.

“Dalam persekitaran yang semakin mencabar ini, kehadiran anda semua memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kecekapan dalam industri akses tali,” katanya..

Beliau berkata, melalui perkongsian dan kerjasama dalam MRAA, pengamal industri akses tali dan persatuan dapat memperkukuhkan lagi rangkaian profesional, meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja, serta membina reputasi yang cemerlang dalam industri ini.

“Saya berharap anda semua dapat memanfaatkan kesempatan ini untuk menjalin hubungan profesional yang kukuh, mendapatkan pengetahuan baru, dan memberi sumbangan yang berharga kepada perkembangan industri akses tali di Malaysia,” katanya.

MRAA yang ditubuhkan pada 31 Julai 2017 merupakan sebuah organisasi yang digerakkan oleh ahli-ahli yang kompeten bagi memajukan penggunaan akses tali dengan selamat.

Ia ditubuhkan atas dasar perkembangan teknik akses tali, dan peningkatan syarikat-syarikat baru yang mengendali kerja-kerja mengunakan teknik ini di Malaysia serta untuk menjadi hub atau pusat rujukan utama serta badan penasihat Industri Akses Tali di Malaysia.

Selain itu, persatuan juga akan bBerkerjasama dengan badan-badan kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan akses tali di dalam negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This