PENGESAHAN khabar angin yang menyatakan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar akan menjadi calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRN) akan hanya diketahui pada Jumaat depan.
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua senarai calon di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang mewakili PN akan diumumkan sendiri oleh beliau pada malam tersebut.
“Hanya boleh tunggu kesahihan berita itu pada 21 Julai, kita akan buat pengumuman calon PN Kedah pada 21 Julai 2023 malam, saya jemput tuan semua untuk hadir ke Batu 9, Kompleks Pas Kedah untuk mengetahui siapa dalam senarai calon PN Kedah,
“Takkan (kita) nak terus ‘jump pi ending’, bagi ada ‘thrill’ sikit, saya akan umum calon-calon. Pengerusi PN (Kedah) saya, (jadi) saya akan umum, yang pasti dalam senarai calon PN Kedah, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi tak ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin tersebut ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Bandar Baharu di Bandar Baharu, hari ini.
Pelbagai media sebelum ini melaporkan Baddrol yang meninggalkan pasukan Sabah FC baru-baru ini disebut-sebut sebagai calon bagi kerusi DUN Gurun pada PRN akan datang.
Beliau yang merupakan kapten ketika bersama pasukan Liga Super Sabah FC, dilaporkan bakal mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak profesional bagi menyertai politik tanah air.
Namun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi mengenai hala tuju bekas pemain kebangsaan itu dan ramai penyokong turut tanya jika benar Baddrol menjadi antara calon parti PN bagi PRN nanti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

