MALAYSIA menyatakan komitmen untuk kekal mencari kebenaran, kebertanggungjawapan dan menegakkan keadilan kepada semua mangsa kes nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan dalam kenyataan bagi memperingati ulang tahun kesembilan tragedi itu berkata, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam mesyuarat ke-228 pada 17 Mac lalu telah memutuskan meneruskan pendengaran penyelesaian perbezaan antara pihak berkonflik.
Katanya, keputusan kes jenayah tragedi menembak jatuh penerbangan MH17 telah diputuskan Mahkamah Daerah The Hague di Belanda pada 17 November 2022.
“Keputusan itu menandakan satu peristiwa penting untuk mendedahkan kebenaran dan menegakkan kebenaran kepada kesemua 298 mangsa dan waris mereka termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat itu.
“Namun begitu, usaha mencari keadilan tidak berakhir dengan perkembangan itu sahaja,” katanya.
Baca artikel berkaitan: MH17: Dua warga Rusia, seorang warga Ukraine dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup
Kementerian Pengangkutan turut mengulangi rasa simpati dan takziah kepada keluarga serta insan tersayang mangsa tragedi MH17 itu.
Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Kejadian itu telah mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru kapal terbang Boeing 777 itu.
Tahun lalu, Mahkamah Daerah The Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat MH17 pada 2017 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
Mereka ialah dua warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.
Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan lebih 16 juta Euro kepada ahli keluarga mangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

