POLIS mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung kejadian pergaduhan antara jiran di sebuah pangsapuri dekat Tampoi, Johor Bahru yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M.S. Balveer Singh berkata, laporan itu dibuat oleh dua individu yang terlibat dalam kejadian pergaduhan terbabit pada Jumaat lalu.
Katanya, keterangan daripada saksi yang merupakan penduduk di pangsapuri itu juga telah diambil bagi membantu siasatan.
“Pihak polis terkesan video tular berdurasi 2:17 minit itu semalam (16 Julai) setelah ia dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324/160/427 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan tidak mensensasikan isu ini dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shazril Salim di talian 016-3425316.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

