SITUASI cemas dilaporkan berlaku pada petang semalam selepas sebuah beg pakaian yang mencurigakan ditemui ditinggalkan di hadapan premis perniagaan Bandar Baru Nilai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang wanita Melayu pada pukul 1 petang.
Beliau berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom Polis telah dipanggil ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Beg terbabit telah dimusnahkan dengan mengikut prosedur operasi standard dan pemeriksaan mendapati hanya terdapat pakaian di dalam beg itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, tiada sebarang penemuan bom ditemui dan beg tersebut dipercayai tertinggal oleh pemiliknya kerana lokasi tersebut merupakan pusat transit bas ekpres kawasan Nilai.
Mat Ghani berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

