Bukan sekadar lagu, Not Dead, Just Asleep (NDJA) memberikan pengalaman muzik baharu yang menjadi santapan halwa telinga peminat lagu underground.
Seiring dengan 5th activation Converse: Connect with the unexpected Create Now Create Next, band rock indie, Porcelane membawakan extended play (EP) yang merangkumi pelbagai rasa, emosi dan sentuhan ton berbeza.
Jelas gitaris, Ajith Nair, NDJA bukan sekadar lagu, sebaliknya ia merupakan cetusan rasa yang diterjemahkan menerusi muzik yang diadun.
“NDJA bukan sekadar sebuah EP, namun kami mahu ia turut memberi makna kepada peminat Porcelane.
“Terdapat kepelbagaian tone dan soundscapes yang digunakan dan kami berikan adunan signature dalam EP terbaharu. Apa yang pasti mesej utama tetap diketengahkan dalam setiap lagu.
Porcelane menyatakan NDJA menampilkan koleksi lagu yang akan membawa pendengar menyelusuri dan menghayati sendiri setiap pengalaman yang diterjemahkan menerusi setiap lagu.
“Kami mula usahakan NDJA sekitar 2022 dan proses pembikinannya sangat personal buat setiap anggota. Ia mengabadikan pengalaman dan emosi kami sepanjang karier muzik.
Terdahulu, Converse turut berkolaborasi dalam pelancaran NDJA sebagai salah satu kempen Converse: Connect with the unexpected. Create Now. Create Next.

