Bapa Siti Nordiana meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAPA kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Alias Ahmad,68, meninggal dunia ketika tidur di rumah keluarganya di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, pukul 11 pagi hari ini.

Berita duka itu disahkan pengurus Siti Nordiana, Anas Osman.

Menurut Anas, kakak ipar Siti Nordiana mendapati Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sekitar pukul 10 pagi tadi.

“Keluarga dah mula sedar arwah sudah tidak sedarkan diri pukul 10 hingga 10.30 pagi tadi. Pegawai kesihatan yang datang ke rumah selepas dihubungi keluarga mengesahkan bapa Nana sudah meninggal dunia pada pukul 11 pagi.

“Nana (Siti Nordiana) baharu bertemu dengan arwah pada Rabu baru-baru ini. Keadaannya baik sahaja dan tidak menunjukkan sebarang tanda lain.

“Memang arwah sebelum dah lama uzur tapi boleh lagi berjalan guna tongkat,” katanya Anas kepada URTV sambil menambah arwah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Jenazah Allahyarham Alias dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Felda Sendayan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This