SEORANG penghantar makanan ditahan selepas bertindak memecah pintu bilik kawalan kamera litar tertutup di sebuah apartmen dekat Jalan Nirwana, Ampang, 11 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun telah melihat pertengkaran antara pengawal keselamatan dengan penghantar makanan.
Beliau berkata, pertengkaran berlaku apabila pengawal keselamatan warga Nepal itu menegur suspek yang telah masuk salah laluan.
“Suspek kemudian marah dan terus memukul pintu bilik kawalan dengan menggunakan besi kunci motosikal sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan pada pukul 4.30 petang semalam bersama rampasan sebuah motosikal dan pakaian.
Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan bebas dari dadah.
“Punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan sewaktu menghantar makanan,” ujarnya,
Mohd Azam berkata, suspek direman selama empat hari sehingga Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

