Tak tahu mana nak tuju bila tiba hari Jumaat? Nak balik rumah, terasa rugi pula masa yang berbaki. Al-maklumlah esoknya sudah mula cuti hujung minggu. Jadi inilah masa untuk healing sambil kenyangkan perut. Lagi sempoi kalau dapat layan pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur.
Apa kata kita layan Fairfield Countryside Barbecue di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kota, lokasi hotel yang strategik dengan harga bufet yang berbaloi. Cukup lengkap satu pakej.
Menurut Chef Eksekutif, Suhaimi, terdapat 75 seleksi menu yang ditawarkan dengan Hong Kong Slipper Lobster sebagai bintang utama.
“Fairfield Countryside Barbecue akan bermula 21 Julai setiap hari Jumaat dari pukul 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Terdapat pelbagai jenis barbeque yang dipanggang secara live, cucur yang digoreng panas, roti canai dan pelbagai seleksi 75 menu berbeza. Dan menu istimewa kami ialah Hong Kong Slipper Lobster.
“Ini merupakan kali pertama kami adakan promosi istimewa dan harga bufet ini ialah yang termurah di Kuala Lumpur. Harga bermula daripada RM88 bagi dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak dan warga emas,” katanya kepada Wanita.
Apa tunggu lagi? Jom ‘vibe’kan Jumaat korang di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur.

