ANAK perempuan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Siti Fatihah memohon agar ruang diberikan kepada pihak keluarga sahaja untuk melawat bapanya.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu adalah atas nasihat doktor dan permintaan ahli keluarga.
“Bagi pihak keluarga, kami menghargai segala sokongan dan doa. Saya juga mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” katanya.
Siti Fatihah turut memaklumkan bapanya kini masih dalam penjagaan dan pemantauan rapi pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Baca artikel berkaitan: Salahuddin masih dirawat di ICU, keadaan stabil
Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Salahuddin juga telah selamat menjalani pembedahan pagi semalam dan berada dalam keadaan stabil.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

