Suara siapa yang muncul dalam pita rakaman itu?

Dari Penulis

PADA tahun 1987, seorang pembuat filem dan pengkaji psikik, Friedrich Jurgenson menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun, selepas kematiannya lelaki Sweden ini meninggalkan koleksi beribu keping pita rakaman dipercayai telah merakam pelbagai suara-suara misteri.

Anehnya, suara misteri siapakah yang terakam dalam pita rakaman tinggalan Friedrich itu?

Semasa hayatnya sekitar tahun 50-an, Friedrich memulakan pengkajiannya berhubung tindak balas antara insan hidup dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Friedrich sebenarnya memiliki hobi cukup aneh, takjub merakam suara roh orang mati menerusi pita rakaman. Apa yang dilakukannya ialah beliau akan duduk di sebelah orang yang telah mati bersama alat perakamnya. Seterusnya Friedrich akan memujuk roh si mati agar bercakap-cakap dengannya ketika rakaman sedang dijalankan.

Pada bulan pertama, Friedrich gagal mendapatkan apa-apa tindak balas yang diharapkannya semasa merakam suara roh si mati. Suatu hari sambil duduk di jendela, Friedrich merakam bunyi kicauan burung di halaman rumahnya. Semasa memainkan semula rakaman itu, Friedrich mendakwa terdengar satu bunyi aneh yang tidak dapat dikenal pasti mencelah di antara bunyi kicauan burung itu.

Tidak berpuas hati dengan apa yang dirakam secara tidak sengaja itu, beberapa minggu kemudian Friedrich pergi ke sebuah pondok kecil di dalam hutan untuk membuat kajian selanjutnya.

Friedrich meletakkan mikrofon di jendela pondok kecil itu dan membiarkan alatnya merakam apa sahaja bunyi yang terdapat di dalam hutan itu termasuklah bunyi unggas berkicauan.

Selepas beberapa ketika, pita rakaman itu dimainkan semula. Pada mulanya Friedrich dapat mendengar bunyi burung berkicauan. Namun, tiba-tiba saja bunyi burung itu berhenti dan muncul pula satu suara ghaib seorang perempuan dalam pita rakaman itu memanggil-manggil namanya.

“Friedel, si kecilku Friedel, adakah kamu dengar suaraku?”

Kehadiran suara ghaib itu amat memeranjatkan Friedrich sekaligus turut mendorong beberapa ahli psikologi terlibat dalam pengkajian yang sama.

Sekitar tahun 1964, Friedrich membuat satu lagi eksperimen bagi membuktikan kewujudan suara ghaib. Beliau memasang pita rakaman kosong di dalam sebuah bilik dan meminta beberapa orang yang berada di dalam bilik tersebut berbual secara bersahaja.

Apabila rakaman itu dimainkan semula, satu suara ghaib kedengaran dengan jelas di celah-celah perbualan beberapa orang yang dirakamkan itu.

Aneh, suara ghaib siapakah yang muncul dalam pita rakaman Friedrich itu?

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This