POLIS Diraja Malaysia sedang giat mengesan seorang lelaki yang melakukan buli jalanan di Jalan Pokok Assam Tambahan, Taiping.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berhubung kes tersebut.
Video penuh di bawah ⬇️
Post by @utusantvView on Threads
Katanya, langkah itu dilakukan selepas pihakmya menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian tersebut.
“Kita menerima satu laporan berhubung kejadian perselisihan faham dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal semasa berada di Jalan Pokok Assam Tambahan, Taiping.
“Perselisihan faham dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas. Dalam kejadian tersebut, penunggang motosikal secara tiba-tiba telah mengetuk kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar sambil memarahi mangsa.
“Tindakan suspek menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Pemandu Viva lari selepas terlibat kemalangan maut rempuh pokok
Razlam berkata, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes jenayah agar disalurkan kepada pihak polis bagi membantu membanteras kejadian jenayah di daerah Taiping.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 42 saat yang mana seorang penunggang motosikal mengetuk cermin sebuah kereta dalam keadaan marah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

