PRN: Senarai calon PN akan diumum esok, Khamis

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) akan mengumumkan calon-calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada hari esok dan Khamis.

Memetik laporan FMT, Pengarah Komunikasi dan Multimedia PN, Datuk Razali Idris memaklumkan senarai calon itu akan diumumkan secara berasingan mengikut negeri yang terlibat dalam PRN.

Beliau berkata, pengumuman calon PN bagi kerusi-kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dijadual berlangsung malam esok.

Kata Razali, calon-calon bagi DUN Kelantan dan Terengganu pula akan diumumkan pada hari Khamis.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pengumuman calon bagi kerusi di DUN Negeri Sembilan belum ditetapkan pucuk pimpinan.

“(Pengumuman calon) Kedah akan diadakan di Kompleks Pas Kedah manakala Pulau Pinang diadakan di Pejabat Pas Pulau Pinang, Pongsu Seribu.

“Bagi Selangor, pengumuman calon akan diadakan di Padang Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Taman Medan, Petaling Jaya pada pukul 8 malam,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Baby Shima umum bertanding calon bebas PRN

Mengulas lanjut, Razali memberitahu pengumuman calon bagi DUN Kelantan akan diadakan di dataran Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu.

Bagi calon-calon di Terengganu, pengumuman akan dilaksanakan di Masjid Rusila, Marang.

“Calon di setiap negeri akan diumumkan oleh kepimpinan PN negeri masing-masing,” katanya.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) telah pun mengumumkan kesemua calon yang akan bertanding pada PRN di enam negeri.

Parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) pula menyaksikan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) selesai mengumumkan calon masing-masing.

DAP telah pun mengumumkan calon bagi DUN Selangor dan Negeri Sembilan manakala calon untuk kerusi di DUN Pulau Pinang serta Kedah dijadualkan hari ini.

PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan ditetapkan pada 12 Ogos dengan hari penamaan calon pada 29 Julai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This