Pemandu Honda Jazz rempuh kedai serbaneka selepas tertekan pedal minyak

Dari Penulis

POLIS meminta saksi kemalangan tular membabitkan sebuah kenderaan merempuh kedai serbaneka di Jalan Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa, dekat Klang tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan terbabit berlaku pada pukul 4.30 petang semalam.

Beliau berkata, kereta yang dipercayai dipandu oleh seorang wanita Cina telah melanggar pintu masuk kedai serbaneka tersebut.

“Kejadian terbabit tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

“Siasatan awal mendapati pemandu itu telah tertekan pedal minyak lalu hilang kawalan sebelum kereta dipandu meluru masuk dan melanggar pintu kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semasa pihak polis sampai di lokasi didapati kereta terbabit telah beredar dari lokasi kejadian.

Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/1959.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This