Lafaz cerai talak satu Hafidz terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu, sah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini mensabitkan lafaz cerai yang didakwa dilakukan oleh pelakon Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 22 Februari lalu adalah sah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussein pada prosiding keputusan lafaz cerai luar mahkamah melibatkan pasangan itu pagi ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie itu turut memutuskan bahawa satu lagi lafaz cerai yang didakwa dilakukan oleh Hafidz pada tarikh sama, sebagai tidak sah kerana tidak mematuhi syarak.

Oleh itu, tempoh edah Nurul Shuhada telah selesai selepas wanita itu keguguran kandungan pada Aidilfitri lalu.

Hafidz ketika ditemui oleh pemberita selepas prosiding itu selesai kelihatan tersenyum dan gembira.

Hero drama “Tundukkan Playboy Itu” menzahirkan rasa syukur apabila proses penceraiannya diselesaikan dengan baik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua kerana telah menghormati privasi dan kerjaya saya.

“Saya lega dan alhamdulillah kes ini diselesaikan dengan cara baik tanpa pergaduhan dan sebagainya. Saya menghormati keputusan hakim dan sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini,” luahnya.

Ketika ditanya mengenai hubungan serta persediaan pada masa hadapan dengan teman wanitanya, Athirah Yuhada, Hafidz sekadar menjawab tiada komen.

“Saya tiada komen. Persediaan ke arah ‘itu’ juga tiada. Beri saya masa untuk berehat seketika,” ujarnya sambil tergelak kecil.

Sementara itu, Nurul Shuhada menyifatkan keputusan mahkamah hari ini seolah-olah telah mengangkat satu beban dari hatinya.

Menurut Shuhada, langkah seterusnya adaah untuk lebih fokus kepada diri sendiri dan ingin mencapai cita-citanya demi anak-anak.

“Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan lancarkan segalanya. Saya rasa Allah sudah mengangkat satu beban dalam hati saya,” luahnya.

Nurul Shuhada turut memberitahu bahawa dia tiada masalah untuk berhubung bersama bekas suaminya itu demi keperluan anak-anak.

“Terus berhubung sebagai kawan baik mungkin tidak… Tapi sebagai ibu bapa, kami boleh berhubung untuk anak-anak,” ujarnya lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita lain diluar sana yang menghadapi ujian sama untuk terus bersabar selain berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan semangat kepadanya sepanjang proses penceraian.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya.

Sebelum ini Hafidz dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This