URA-URA yang mengatakan Tan Sri Annuar Musa akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Kelantan atas tiket Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak benar.
Hal itu selepas nama Annuar tidak langsung disebut semasa pengumuman calon PN oleh Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Turut tidak tersenarai ialah Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
PN Kelantan dalam PRN kali ini mempertaruhkan 23 calon baharu manakala 22 lagi calon akan mempertahankan kerusi masing-masing.
Baca juga: Kerajaan Perpaduan berazam majukan Kelantan – PM Anwar
Antara yang menjadi tumpuan adalah Presiden dan TImbalan Presiden Kelantan United Football Club (KUFC).
Presiden KUFC, Rozi Muhamad akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Tendong.
Manakala, Timbalan Presiden KUFC, Datuk Zamri Ismail dipertaruhkan PN untuk bertanding di kerusi DUN Kota Lama.
Daripada keseluruhan 45 kerusi DUN di Kelantan, kepimpinan tertinggi PN meletakkan 39 calon Pas manakala enam lagi adalah calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Berikut merupakan senarai calon-calon yang akan bertanding dalam PRN Kelantan:
N.01 Pengkalan Kubor – Wan Roslan Wan Hamat
N.02 Kelaboran – Adanan Hassan
N.03 Pasir Pekan – Ahmad Yakob
N.04 Wakaf Bharu – Mohd Rusli Abdullah
N.05 Kijang – Izani Husin
N.06 Chempaka – Nik Asma’ Baharum Nik Abdullah
N.07 Panchor – Mohd Amar Abdullah
N.08 Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
N.09 Kota Lama – Zamri Ismail
N.10 Bunut Payong – Shaari Mat Yaman
N.11 Tendong – Rozi Muhamad
N.12 Pengkalan Pasir – Mohamad Nasriff Daud @ Daud Yatimee
N.13 Meranti – Mohd Nassuruddin Daud
N.14 Chetok – Zuraidin Abdullah
N.15 Gual Periok – Kamaruzzaman Mohamad
N.16 Apam Putra – Zamakhshari Muhamad
N.17 Salor – Saizol Ismail
N.18 Pasir Tumboh – Abd Rahman Yunus
N.19 Demit – Mohd Asri Mat Daud
N.20 Tawang – Harun Ismail
N.21 Pantai Irama – Mohd Huzaimy Che Husin
N.22 Jelawat – Zameri Mat Nawang
N.23 Melor – Wan Rohimi Wan Daud
N.24 Kadok – Azami Mohd Nor
N.25 Kok Lanas – Mohamed Farid Mohamed Zawawi
N.26 Bukit Panau – Abdul Fattah Mahmood
N.27 Gual Ipoh – Bahari Mohamad Nor
N.28 Kemahang – Md. Anizam Ab Rahman
N.29 Selising – Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
N.30 Limbongan – Nor Asilah Mohamed Zin
N.31 Semerak – Nor Sham Sulaiman
N.32 Gaal – Mohd Rodzi Jaafar
N.33 Pulai Chondong – Azhar Salleh
N.34 Temangan – Mohamed Fadzli Datuk Hassan
N.35 Kemuning – Ahmad Zakhran Mat Noor
N.36 Bukit Bunga – Mohd Almidi Jaafar
N.37 Air Lanas – Kamarudin Md Nor
N.38 Kuala Balah – Abdul Hadi Awang Kechil
N.39 Mengkebang – Zubir Abu Bakar
N.40 Guchil – Hilmi Abdullah
N.41 Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah
N.42 Dabong – Ku Mohd Zaki Ku Hussin
N.43 Nenggiri – Mohd Azizi Abu Naim
N.44 Paloh – Shaari Mat Hussain
N.45 Galas – Mohd Tarmizi Abd Rahman
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

