PRN: Parlimen Gombak jadi tumpuan esok

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PARLIMEN Gombak dijangka menjadi tumpuan ramai esok sempena hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon, Dewan SMK Sungai Pusu.

Semua pemimpin besar Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) dijangka akan berada di situ untuk penamaan tiga calon masing-masing.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, BN-PH kekal meletakkan kepercayaan penyandang, Datuk Seri Amirudin Shaari yang akan menentang calon PN, Muhammad Hanif Jamaluddin.

Kerusi DUN Gombak Setia pula menyaksikan PN meletakkan Muhammad Hilman Idham bagi menentang calon BN-PH, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Manakala, DUN Hulu Kelang pula menyaksikan pertembungan antara calon PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan calon BN-PH, Juwairiya Zulkifli.

Esok, penyokong-penyokong PN dan Kerajaan Perpaduan dijadualkan berarak ke Pusat Penamaan Calon kira-kira pada jam 7 pagi. 

Baca juga: Bantuan khas Ekonomi MADANI bukan ‘gula-gula’ PRN

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini.

Sebelum ini, Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lalu, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada Sabtu lalu (1 Julai).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This