‘Saya cabar tokoh ekonomi nombor satu PN berdebat’ – Rafizi

Dari Penulis

MENTERI Kanan Ekonomi, Rafizi Ramli mencabar Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, cabaran itu selaras dengan kapasiti Mohd Syahir yang diangkat sebagai tokoh nombor satu ekonomi dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurut Rafizi, beliau akan menulis secara rasmi jemputan berdebat kepada Mohd Syahir dalam masa terdekat.

“Azmin sudah tolak, Sanusi sudah tolak, saya nak tengok sama ada Syahir yang diangkat sebagai tokoh nombor satu ekonomi dalam PN tampil ke hadapan dan sudah beri ruang (berdebat) sepenuhnya.

“Saya akan menulis secara rasmi (jemputan berdebat) dan tunggu dia nak jawab apa,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca juga: Kerajaan Perpaduan kukuh, sukar diganggu gugat – Perdana Menteri

Terdahulu, Rafizi mencabar Pengerusi PN Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali untuk berdebat mengenai isu ekonomi.

Begitupun, Mohamed Azmin menetapkan bahawa Rafizi perlu memenuhi beberapa syarat sebelum bersetuju untuk berdebat.

Cabaran serupa juga dilontarkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang turut menolak untuk berdebat dengan Rafizi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau secara terbuka akan terus mempelawa mana-mana pemimpin untuk berdebat dengannya.

Jelas beliau, hal itu kerana ramai tokoh daripada PN memainkan sentimen kemelesatan ekonomi sedangkan hal sebaliknya yang berlaku.

“Ditambah pula dengan tokoh-tokoh daripada PN berkali-kali memainkan sentimen yang berasas mengenai ekonomi negara sedangkan inflasi sudah turun, prestasi pasaran saham baik, tetapi mereka masih membohongi rakyat dan mengulangi benda tidak betul.

“Kalau zaman saya pembangkang dahulu, saya yang cabar menteri untuk berbahas, tetapi menteri tak nak. Jadi, sekarang kita sudah beri ruang sepenuhnya,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This