Insiden anak Tomok tumpahkan pengilat kuku rupanya rezeki buat New Boyz – “Dapat tajaan tanpa had harga”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Tomok tidak menyangka insiden anak bongsunya tertumpah pengilat kuku di sebuah butik berjenama terkenal pada April lalu telah memberi rezeki terpijak buat dirinya.

Lebih istimewa lagi apabila rezeki tersebut turut dikongsi bersama ahli kumpulan New Boyz yang lain selepas pihak jenama berkenaan iaitu Levi’s berminat untuk menaja mereka bagi konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang Live In Singapura pada 9 September ini.

“Saya sebenarnya tak sangka dihubungi  sebuah jenama antarabangsa yang berminat nak taja kami. Bukan senang nak dapat tajaan macam ni.

“Mereka hubungi saya kira-kira dua minggu lalu. Terima kasih pada semua yg mendoakan masa kejadian haritu. 

“Dapat rezeki lain. Inilah rezekinya. Alhamdulillah bukan saya sorang tau tapi semua anggota New Boyz dapat Levi’s.

“Saya sendiri kumpulkan semua anggota kumpulan untuk ambil barang tajaan,” katanya ketika dihubungi URTV sebentar tadi. 

Tomok terdahulu berkongsi video dia bersama rakan-rakan New Boyz berkunjung ke butik jenama berkenaan di pusat membeli-belah The Gardens, Kuala Lumpur, semalam.

Ketika ditanya jumlah tajaan, Tomok hanya memaklumkan pihak jenama tersebut memberi kebebasan untuk memilih pakaian tanpa meletakkan sebarang had harga.

Jenama tersebut bersetuju memberi tajaan dua set persalinan setiap seorang yang merangkumi baju, seluar dan jaket. 

“Saya pilih koleksi jeans dari Jepun. Memang rare dan susah nak dapat. Terima kasih kerana sudi taja kami. 

“Mereka tidak meletakkan sebarang had harga ketika kami datang memilih. Mereka bagi kebebasan memilih,” kongsinya. 

Sebelum ini Tomok perlu membayar sebanyak RM5,593 selepas anak perempuannya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik berkenaan. 

Bagaiamanapun pakaian yang terpaksa dibeli itu habis dijual dalam masa 24 jam menerusi sesi siaran langsung di laman Instagram miliknya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This