[VIDEO] Anak tertumpah pengilat kuku di butik pakaian, Tomok bayar ganti rugi RM5,593

Dari Penulis

PENYANYI Tomok terpaksa berputih mata apabila perlu membayar RM5,593 sebagai ganti rugi selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik berjenama.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian berlaku semalam ketika mereka ke butik itu yang terletak di sebuah pusat membelah-belah terkenal di Kuala Lumpur untuk membeli seluar bersama keluarga.

“Saya bersana keluarga di The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa dan sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.

“Tapi ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tertumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299.

“Tertumpah bukan pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899,” katanya dalam hantaran video dalam Instagram miliknya.

Justeru, pihak pengurusan butik terbabit tidak membenarkan Tomok keluar dari premis itu selagi dia tidak melunaskan bayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak.

Sedar kesalahan itu datang daripada pihaknya sendiri, Tomok bagaimanapun membayar ganti rugi itu selepas pengurusan butik memberikan diskaun.

“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593.

“Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.

“Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi. Saya mengaku ini silap saya.

“Ujian nak raya. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini Insya-Allah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This