Selangor batal permohonan bina lebuh raya PJD-Link

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Selangor tidak berhasrat meneruskan cadangan pembinaan projek lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link) sekali gus membatalkan permohonan pembinaan projek berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut dilakukan susulan laporan penilaian impak yang dikemukakan.

Menurut Amirudin, pentadbiran pimpinannya tidak berpuas hati dengan pelan terutama dari segi laporan impak sosial kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Kerajaan Negeri Selangor telah meneliti beberapa aspek berhubung cadangan pembinaan lebuh raya yang dikenali sebagai PJD-Link di kawasan Bandar Raya Petaling Jaya.

“Sehubungan dengan itu, prinsip pentadbiran ini adalah supaya pembangunan di negeri Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat negeri Selangor.

“Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan dengan cadangan ini dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya PJD-Link,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Amirudin akan kekal Menteri Besar Selangor – PM

Amirudin memaklumkan, cadangan pembinaan lebuh raya itu pada awalnya mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri Persekutuan pada 12 November 2017.

Jelasnya, cadangan itu kemudian dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020.

Beliau berkata, ia kemudian diberi ruang untuk kajian dijalankan dengan melibatkan penduduk di kawasan Petaling Jaya.

“Seterusnya cadangan ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan pada 12 November 2021 melalui memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan bersyarat supaya cadangan ini memenuhi semua syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri Selangor.

“Susulan daripada itu, perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) dan pemaju berkenaan telah ditandatangani pada 5 April 2022 dengan syarat syarikat berkenaan melaksanakan secara penuh penilaian impak alam sekitar (EIA), Laporan Kesan Impak Sosial (SIA) dan Kajian Penilaian Impak Trafik (TIA) sebelum perjanjian ini diaktifkan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This