BUAT julung kalinya, TikTok Awards’ People’s Choice diadakan di Malaysia bagi menghimpun nama-nama besar dalam kalangan pencipta kandungan di negara ini.
TikTok Malaysia dalam kenyataan berkata, anugerah tersebut dibuat bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pencipta kandungan yang menjadikan TikTok sebagai medium penyebaran maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat.
“Anugerah TikTok ini adalah acara tahunan terbesar yang kita anjurkan untuk meraikan kejayaan pencipta Malaysia yang telah memberi impak besar dengan cerita dan bakat mereka yang kreatif, memberi inspirasi serta pendidikan.
“Bagi menjayakan anugerah ini, orang ramai boleh menunjukkan sokongan dengan mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka di TikTok bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023 mengikut kategori yang dipertandingkan,” tulis kenyataan itu.
TikTok Awards’ People’s Choice menampilkan pelbagai kategori, antaranya Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Calon-calon bagi kategori Creator Of The Year ialah khairulaming, bossjames_oe, lawyergandhi, auntiepurple248, sallywhoo dan ceddyornot.
Sementara bagi kategori Rising Star of The Year pula menampilkan gastonpong, ikhmaln0ur, penceritatv, zarul.hafiz, chefdaveveganjourney serta yuki_dance.
Kategori Popular Creator of the Year akan ditandingi drbengee, alexhkf, sofyank96, ryanbakery, gigicheoh dan itsjovynn manakala Celebrity of The Year akan disaingi aerilzafrel8, jannanickofficial, dollaofficial, sitinordiana84, hairul_azreen88 serta zizanrazak869.
Popular Animation Account of The Year pula akan menyaksikan persaingan antara yimotapir, upinipin.official, boboiboy, officialejenali, papapipi dan official_didiandfriends.
Sementara kategori LIVE Creator Of The Year akan ditandingi garyislit_, quehaidar, hafizalonggs, wafiy_aan, tigerlabu serta ervan818.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

