Bagaimana sains dan Islam menjelaskan tentang saat sakaratul maut tiba

Dari Penulis

Sebenarnya dalam diri setiap orang dia sudah tahu bila dia hendak mati, namun begitu ia tidak boleh menerimanya. Allah S.W.T. telah menunjukkan tanda-tanda sebelum tibanya ajal seperti tumbuh uban di kepala.

Apabila rambut bertukar putih, itu menunjukkan malaikat sudah datang menziarahi kita. Akan tetapi kita merasakan itu hanyalah proses biasa atau kerana rambut yang rosak.

Selain itu, tanda lain adalah apabila rakan seusia kita sudah pergi menemui Pencipta seorang demi seorang manakala kekuatan kita sudah semakin berkurangan. Saat akhir sebelum ajal tiba, kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ke tulang sulbi dan seterusnya akan naik ke belakang halkum. Ketika itu hendaklah terus mengucapkan dua kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut.

Dalam Islam, apabila sudah menjejak usia 40 tahun, Allah menyuruh agar kembali memperbaiki taubat dan ibadah. Dalam usia itu juga dituntut meningkatkan ilmu dan amal agar kita lebih bersedia menghadapi sakarat.

Roh apabila ia ingin keluar dari jasad sebenarnya ia sedang bertarung dengan perasaan kita. Sekiranya kita telah bersedia menghadapi kematian, roh akan keluar dengan tenang. Sebaliknya jika kita tidak bersedia, roh akan berlawan dan saling tarik menarik dengan perasaan kita.

Dek kerana itu, tegas Mohammad Halmi Jaafar, Pengarah & Motivator G-Hard Motivation and Training, roh yang keluar terasa seperti direntap sama sebagaimana selendang yang tersangkut di pokok yang berduri.

Sakit tetap sakit, namun ia bergantung pada kesediaan kita menghadapinya. Sakarat bukan hanya berlaku semasa hendak mati sahaja, ia berlaku sebelum, ketika, dan selepas. Justeru itu orang paling untung sebenarnya adalah orang yang sudah tahu bila dia akan mati seperti orang yang kena hukuman gantung.

Dia ada banyak persediaan untuk menghadapi kematian, berbanding kita yang tidak tahu bila akan mati. Apabila tidak mempunyai persediaan, sudah tentu diserang penyakit pun kita anggap itu bukan sakit sakarat. Namun ketika roh sudah sampai di dada barulah kita sedar itu adalah sakarat. Pada waktu itu sudah tidak berguna lagi segala amalan.

Dalam kitab al-Mughni menyebutkan, jika kematian seseorang menimbulkan kesamaran hendaklah diambil kira tanda-tanda kematian yang terdapat padanya seperti terkulai kaki, terpisah sendi tangan, condong hidung, kendur kulit muka dan dua daun telinga kelihatan menurun kebawah.

Bahkan Imam al-Ghazali berkata, “sesiapa yang menziarahi orang yang mati dan jika diizinkan si mati itu bangun menceritakan tentang sakitnya sakarat, sudah pasti mereka yang dengar akan bertaubat dan tidak akan membuat maksiat selamanya. Hanya yang sudah menghadapinya sahaja yang tahu betapa sakitnya sakarat.”

Telemore Alat Penentu Ajal

Secara saintifiknya menurut kajian, kematian berlaku apabila Medulla Oblongata sudah tidak berfungsi dan rosak. Medula oblongata merupakan satu bahagian dari otak yang terletak di bawah Mesencephalon dan pons yang berfungsi mengatur kardiovaskular, mengatur kerja jantung, sistem pencernaan, sistem respirasi (pernafasan), pusat koordinasi dan pusat kesedaran bagi tubuh manusia.

Di barat, memang ada di kalangan saintis yang membuat kajian berkenaan proses menghadapi kematian. Kajian ini dinamakan Near Death Experience (NDE) atau juga koma. Bagi mereka seseorang yang koma belum boleh dikata mati jika medulla oblongatanya masih berfungsi.

Mereka turut menjelaskan bahawa seseorang yang akan mati, otak bahagian atas akan mati dahulu di bandingkan dengan otak bahagian bawah kerana masih mengawal pernafasan dan kerja jantung.

Saintis Barat telah mencipta satu alat bagi mengukur usia manusia. Dengan alat itu ia akan dapat menentukan waktu ajal berdasarkan data dari tubuh. Alat yang dinamakan telemore ini dapat mengetahui kematian seseorang. Ia menyerupai alat ujian kehamilan. Melalui alat ini ia akan mengukur komposisi data tip kromosom seseorang yang disebut telemore melalui ujian darah.

Telemore ini diyakini sebagai satu ukuran penuaan sel tubuh yang paling signifikan dan tepat. Ketika penuaan sel mencapai tahap tertentu, ia membawa maksud itulah saat akhir tubuh melakukan aktiviti. Dengan alat tersebut, ujian umur biologi boleh menjadi salah satu petunjuk bila usia seseorang akan berakhir. Atau dengan kata lain boleh tahu bila dia akan meninggal.  Wallahu a’lam

___________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This