‘Kerajaan gagal, ramai rakyat marah’, dakwa Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat sehinggakan menimbulkan kemarahan rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, rakyat bukan sahaja kecewa malah sudah mula marah apabila melihat tiada usaha untuk menyelesaikan bebanan hidup yang dihadapi mereka.

Beliau turut mendakwa Perdana Menteri tidak langsung mengambil kira aspek kebajikan rakyat, malah tidak mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat untuk didengari.

“Ini soal realiti semasa yang saya dapat saksikan. Tak payah (kita) nak gred paling gagal pun. Madanon, luar tabii atau apa sahaja sampai tak tahulah (rakyat) tak nak tengok muka Perdana Menteri pun ada.

“Kita tak yakin dan percaya dengan dia. Saya tak fikir Perdana Menteri sebelum ini, tiada sampai ke tahap itu orang berikan gred kerajaan gagal tetapi realitinya inilah yang berlaku di Malaysia sekarang,” katanya kepada UtusanTV baru-baru ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Sokong PN, kita ‘ajar’ Anwar waktu PRN’ – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tahap keyakinan kumpulan sasar terutama rakyat daripada semua golongan amat rendah terhadap kerajaan ketika ini.

Beliau turut menyifatkan perkara itu cukup merbahaya kerana kerajaan tidak mendapat sokongan penuh rakyat.

Ini kerana, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tiada satu usaha sedang direncana bagi memastikan masa depan rakyat lebih terjamin tidak kira perancangan jangka pendek, sederhana atau pun panjang.

“Lebihnya melakukan sesuatu pembaziran, bercakap tak serupa bikin dan pembohongan bertalu-talu dibuat.

“Tak pernah saya lihat seorang pemimpin negara mana pun bila berdiri dan buka mulut, orang dah tak percaya kerana dan berulang kali cakap benda tak betul.

“Tempoh masa sudah lebih daripada yang diperlukan untuk mempunyai tahap keupayaan tapi terbukti tak ada apa-apa yang dilakukan. Saya tak tahu apa nak kata,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This