DUA lelaki warga asing ditahan selepas cuba memberi suapan wang tunai berjumlah RM170 kepada anggota polis petang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian berlaku pada pukul 1.05 petang semasa anggota terbabit sedang membuat rondaan di Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U14, Shah Alam.
“Suspek warga India dan Pakistan itu telah memandu sebuah kenderaan pelbagai guna dan menawarkan wang tunai sebanyak RM170 bagi mengelakkan diri daripada disaman.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, kedua-dua suspek berusia 34 dan 37 tahun itu direman selama empat hari sehingga esok.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

