Polis buru lelaki rompak gerai durian tepi jalan guna pistol

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki selepas merompak wang jualan sebuah gerai durian di tepi jalan dekat Kawasan Perindustrian Benus, Bentong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian pukul 3.20 petang itu, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun telah didatangi oleh suspek yang memandu kereta Proton Wira.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai warga tempatan itu telah mengacukan senjata menyerupai pistol terhadap mangsa.

“Suspek kemuadian meminta mangsa menyerahkan wang tunai hasil jualan durian bernilai RM850 sebelum bertindak melarikan diri dengan kereta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa bekerja dengan seorang lelaki tempatan sebagai pembantu gerai durian tersebut.

Katanya, ketika kejadian mangsa sendirian dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This