KATUN
BAHAN
500 gm tepung beras pulut
¼ cawan gandum
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil tepung beras
2 keping gula Melaka
2 cawan air
2 cawan kelapa parut
½ sudu kecil garam
1 sudu besar minyak
Plastik untuk alas loyang
CARA PENYEDIAAN
- Gula Melaka dimasak bersama air sehingga hancur dan ditapis.
- Dalam mangkuk, gaul tepung beras pulut, tepung gandum, tepung beras, air kapur dan air sirap gula Melaka.
- Uli sehingga menjadi doh seperti onde-onde. Jika perlu boleh tambah air sedikit demi sedikit.
- Alas plastik ke dalam acuan dan sapukan minyak. Letak adunan dan ratakan. Kukus hingga masak. Angkat dan potong sebesar ibu jari. Gaul bersama kelapa parut yang digaul bersama garam.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

