PENYANYI Indonesia, Kunto Aji akhirnya mengubat rindu peminatnya di Zepp Kuala Lumpur dengan kehadiran 2,000 orang penonton.
Memulakan persembahan dengan lagu Sulung, kehadiran Kunto buat kali kedua di Malaysia cukup berbaloi dengan kehadiran dan semangat bertenaga daripada penonton selama dua jam.
Kunto muncul dengan album Generation Y pada 2015 dan Mantra Mantra pada 2018 dengan mendendangkan 18 buah lagu termasuk Rancang Rencana, Akhir Bulan, Saudade, Amatiran, Ekspetasi, Rehat, Selaras, Topik Semalam, Mercusuar, Terlalu Lama Sendiri, Pilu Membiru, Suara Gema, Jakarta Jakarta dan Konon Katanya.

“Terima kasih banget Malaysia kerana sudi menjemput aku lagi untuk kali kedua” ujarnya usai persembahan.
Kunto Aji juga sempat mengambil kesempatan untuk mempromosikan album baharu yang berkisahkan tentang kedewasaan akan dikeluarkan pada September.
Katanya, konsep album baharu juga lebih mengisahkan tentang keluarga dan dirinya.
Penyanyi tersebut juga sempat berkongsi bahawa lagu Salam Pada Rindu itu ditulis semasa arwah ayahnya sakit menghidap kanser.

