ATAS ANGIN Festival 2023 tidak mengecewakan anak indie!

Dari Penulis

PERSEMBAHAN yang cukup agresif dan hebat daripada 75 barisan artis tempatan dan empat pentas yang berbeza pada masa yang sama.

Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada empat pentas iaitu ‘Soundloud Stage’, Indie National Stage’, ‘Burn Tau Stage’ dan ‘Kongsi Suara Stage’.

Festival ini berlangsung selama 15 jam tanpa henti bermula dari jam 9 pagi sehingga 1130 malam. Meskipun berlangsung selama 15 jam, peminat artis lokal tetap setia ‘berkampung’ di sana tanpa menghiraukan panas terik dan hujan badai.

Antara barisan artis yang memeriahkan festival semalam ialah Masdo, 6ixth Sense, Monotones, iamNEETA, Hacktick!, Oh Chentaku, Hyper Act, Midnight Fusic, Loko, Grey Sky Morning, Gerhana Skacinta, Toko Kilat dan banyak lagi.

Melihat reaksi peminat yang tidak berhenti melompat saat konsert berlangsung sudah cukup membuktikan kejayaan yang dilakarkan Atas Angin Festival.

“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat.” kata Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This