P Pinang bakal lakar kejutan, pengundi Melayu sokong PH-BN, kata Anwar

Dari Penulis

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini boleh menyaksikan kejutan dengan pengundi di kawasan majoriti orang Melayu memberi sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan negara.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini berikutan keyakinan orang Melayu terhadap rekod prestasi Kerajaan Perpaduan yang mengambil alih tampuk kepimpinan negara sejak lapan bulan lepas.

Perdana Menteri, yang mempunyai jadual padat di Pulau Mutiara hari ini, berkata orang Melayu akan membuat keputusan tepat untuk menyelamatkan Malaysia demi semua kaum.

“Ada kebimbangan di kawasan majoriti orang Melayu kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 di Pulau Pinang. Dulu mereka kata tidak boleh percaya Anwar sebab dia ikut DAP.

“Kata dia akan tinggalkan Islam, itu propaganda mereka dahulu. Setelah lapan bulan, apa yang disebut sekarang adalah selamatkan Islam, selamatkan Melayu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh di George Town malam ini.

Justeru, Presiden PKR itu percaya dan yakin Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan memperoleh sokongan serta mandat yang lebih baik daripada pengundi Melayu.

“Pulau Pinang adalah model bagaimana anda memiliki tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, menjaga ekonomi dan pada masa sama, memastikan setiap komuniti mempunyai tempat di negeri ini,” katanya.

Anwar juga percaya rakyat Pulau Pinang sentiasa mengetuai sesuatu kebangkitan, bukan sahaja dalam penukaran kerajaan negeri pada 2008 malah perjuangan kebangsaan Melayu.

“Sebarang perubahan bermula di sini, surat khabar Melayu dulu pun mula di Pulau Pinang. Selepas itu, kesedaran Melayu bermula di Pulau Pinang, kebangkitan rakyat dengan kemenangan Pakatan Rakyat.

“Jadi pastikan kita mengekalkan kekuatan kita, kubu kuat kita dan kepimpinan kita dari segi kesedaran rakyat untuk membawa perubahan kepada Malaysia,” katanya.

Beliau turut optimis mengenai masa depan negeri itu dan berjanji akan membantu Pulau Pinang dengan memberi perhatian khusus kepada pembangunan seperti projek Transit Aliran Ringan (LRT) serta pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This