Polis buru lelaki cederakan kekasih selepas minta putus

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak mencederakan kekasihnya di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 2.52 pagi.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 45 tahun telah didatangi teman lelaki lalu bertindak memancitkan tayar dan memecahkan cermin hadapan kereta milik mangsa.

“Mangsa telah melarikan diri tetapi dikejar suspek sebelum bertindak mencederakan mangsa.

“Mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati mangsa luka di tengah dan kiri perut serta lengan kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati apabila mangsa ingin memutuskan hubungan mereka.

Mohd Azam berkata, mangsa baru mengenali suspek sejak tiga bulan lalu melalui aplikasi Omi.

“Suspek merupakan seorang penganggur berusia 41 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah dalam kekerasan.

“Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menangkap suspek masih dijalankan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This