EMRAZ Group (EMRAZ), kumpulan syarikat EMRAZ, telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Abu Sarhad Group (Abu Sarhad) bagi menjalin kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk Umrah dan Pelancongan.
Pengerusi Eksekutif EMRAZ, Datuk Dr. Zulkarnain Endut berkata, kerjasama strategik itu membolehkan EMRAZ menawarkan pengalaman menunaikan ibadah umrah tanpa diragui.
Katanya, perkara itu lebih-lebih lagi melibatkan tahap kualiti perkhidmatan dan penyediaan kemudahan sewaktu berada di Mekah atau Madinah.
“Kami teruja untuk memulakan perjalanan luar biasa ini dengan Abu Sarhad yang dijangka mengendalikan keperluan 5,000 orang jemaah umrah EMRAZ ketika mereka menunaikan ibadah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Fritz Haarmann, pembunuh berantai yang menjual daging mangsanya di pasaran gelap
Untuk rekod, pemeterian MoU itu diadakan baru-baru ini di sebuah pusat perdagangan di Shah Alam.
Majlis pemeteraian itu disempurnakan Zulkarnain dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Umrah dan Haji Abu Sarhad, Saeed Omar Bahashwan.
Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, kerjasama itu turut membuka peluang baharu kepada kedua-dua kumpulan syarikat.
Antaranya, jelas beliau seperti untuk menerokai prospek perniagaan yang baharu bukan hanya di antara Saudi Arabia dan Malaysia tetapi juga negara jiran seperti Indonesia.
“Kami akan memanfaatkan pengalaman, kepakaran, dan sumber daripada kedua-dua pihak untuk menambah baik kualiti perkhidmatan Umrah dan mengangkat reputasi syarikat pada tahap lebih tinggi dalam industri,” katanya.
Dalam pada itu, Saeed Omar berkata, Abu Sarhad sebagai sebuah syarikat yang dikenali di Saudi Arabia gembira dapat menjalin kerjasama dengan EMRAZ.
Beliau berharap agar MoU itu bakal memberi manfaat bersama yang lebih besar pada masa akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

